'Yang penting menang dulu, baru bincang soal Ketua Menteri' - Ismail

KiniTV 2020-09-12

Views 2.1K

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob memperingatkan ahli-ahli gabungan Perikatan Nasional agar tidak hilang fokus dengan 'memperjuangkan jawatan ketua menteri Sabah' selagi tidak mencapai kemenangan di pilihan raya negeri itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Libaran untuk kerusi DUN Gum Gum, DUN Sungai Manila, DUN Sungai Sibuga petang tadi.

Share This Video


Download

  
Report form