Beberapa ratus meter dari Dewan Masyarakat Semporna, kira-kira 300 orang berkumpul di bulatan jalan membawa panji-panji Warisan. Mereka bersorak "Warisan" dan "takbir".
Mereka rata-ratanya memakai baju Warisan yang tertulis "Tetap teguh bersama DSSA" dipercayai merujuk presiden Warisan Shafie Apdal. Shafie bagaimanapun tidak kelihatan.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, himpunan itu bersurai selepas beberapa pegawai polis menghampiri lokasi.
Polis turut menjaga lalu lintas di jalan yang sedikit terganggu akibat perhimpunan tersebut.