Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN telah memutuskan untuk memberi autonomi kepada BN Sabah bagi memilih sendiri calon-calon pilihan raya negeri akan datang.
Menurut Ahmad Zahid, BN Sabah juga diberi kuasa untuk memilih sendiri Ketua Menteri di kalangan ahli-ahli dewan undangan negeri yang menang sekiranya cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru di negeri itu.