PH Johor sahkan Osman jumpa pemimpin Amanah

KiniTV 2020-09-01

Views 11

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan bahawa Adun Kempas Osman Sapian mengadakan pertemuan bersama seorang pemimpin Amanah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Aminolhuda enggan mengulas lanjut berhubung perjumpaan tersebut.

Baru-baru ini tular video yang menunjukkan Osman - yang juga merupakan bekas menteri Johor - dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika di pilihan raya kecil (PRK) DUN Slim.

Share This Video


Download

  
Report form