Semakan kehakiman 111 penanam durian Raub didengar 28 Oktober

KiniTV 2020-08-28

Views 8

Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 28 Oktober depan untuk mendengar permohonan 111 penanam durian Musang King di Raub bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap arahan dan keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mengosongkan kebun mereka.

Peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua penaman durian di sekitar Sungai Ruan, Tras dan Sungai Chalit itu memaklumkan demikian kepada pemberita, selepas selesai prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Zainal Azman Ab Aziz, hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form