Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini mencabar penggantinya Tengku Zafrul untuk mendedahkan semua projek kerajaan yang diberi melalui proses rundingan terus (RT) semasa era Barisan Nasional dan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Walaupun ahli Parlimen Bagan itu membantah senarai yang dikeluarkan oleh Zafrul, dia mendesak senator itu untuk tidak mengamalkan tindakan berat sebelah dengan hanya mendedahkan projek RT di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.