'Usul ini tak bertanggungjawab' - Dr M gesa tolak RUU minta lebih dana kerajaan

KiniTV 2020-08-17

Views 111

Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) hari ini meminta anggota parlimen untuk menolak sebarang Rang Undang-Undang (RUU) meminta dana tambahan untuk perbelanjaan kerajaan, termasuk untuk penstrukturan semula kabinet Perikatan Nasional (PN) yang baru dibentuk.

Beliau mengatakan bahawa kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan bagi mengurangkan defisit negara di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan RUU kedua bagi peruntukan semula sejumlah RM7.18 bilion untuk penstrukturan semula kabinet.

Share This Video


Download

  
Report form