Asri Janggut yang mencetuskan kegemparan dengan pendedahan mengenai kegiatan penjualan rokok seludup dan pusat perjudian tanpa lesen baru-baru ini pernah ditawarkan tapak gerai sementara.
Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, di sebalik tawaran berkenaan, Asri - atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid - menolaknya.
Kata Mohd Rashidi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan tapak jualan sementara kepada Mohd Asri di Jalan 1A/3 di Bandar Baru Sungai Buloh.