Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan satu lagi parti yang "akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi" sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
Menjelaskan lanjut mengenai asas perjuangan parti baru itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan "menghapus rasuah dan kleptokrasi" dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu "berasas semangat, bukan duit."
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur.
Turut kelihatan pada sidang media hari ini ialah bekas pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.