Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata adalah masih terlalu awal bagi kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) mengadakan pilihan raya mengejut bagi mendapat mandat baru.
Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan pilihan raya mengejut di peringkat pusat tidak dapat dielakkan dan PH akan bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan itu.
Beliau berkata kepada pemberita semalam, mengikut satu klip video dimuatnaik oleh Buletin Mutiara.