Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang diketuai oleh P Prabakaran (PKR-Batu) hari ini mempersoalkan keperluan ahli Parlimen Perikatan Nasional mengadakan jamuan mewah setiap hari semasa persidangan Dewan Rakyat.
Berdasarkan resit yang dikemukakan, kos jamuan tersebut berjumlah di antara RM6,000 - RM10,000 sehari dan ditaja oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kementerian.
Kata P Prabakaran lagi, peruntukan tersebut sepatutnya dapat digunakan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan di tengah-tengah pandemik Covid-19