Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya telah berjaya menyatukan tiga parti melibatkan PAS, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam satu tulisan di Facebook Abdul Hadi berkata, justeru PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu.
Hantaran tulisan itu juga diiringi sekeping gambar beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.