Rancangan Microsoft ingin beli TikTok naikkan kemarahan China

KiniTV 2020-08-04

Views 17

Rundingan pembelian operasi aplikasi video TikTok di Amerika Syarikat oleh Microsoft Corp menimbulkan kemarahan di media sosial China serta kritikan oleh pelabur China terkenal daripada pemilik TikTok, ByteDance.

Gergasi teknologi A.S itu secara rasmi menyatakan minatnya pada Ahad lalu selepas Presiden Donald Trump menarik balik rancangan untuk mengharamkan operasi aplikasi itu di negaranya.

Sebelumnya Trump mengeluarkan kenyataan kemungkinan untuk mengharamkan TikTok, atas sebab keselamatan dan kerana ia dilihat berpotensi menjadi pesaing YouTube dan Facebook.

Laporan oleh Reuters.

Share This Video


Download

  
Report form