Musa Aman telah menyiarkan foto di Facebook sebagai bukti bahawa beliau mempunyai jumlah Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
Foto itu menunjukkan Musa dan para Adun Sabah, memegang kertas bercetak nombor 1 hingga 33.
Musa sekali lagi menegaskan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mempunyai tugas perlembagaan untuk mempertimbangkan cubaannya untuk membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun katanya beliau bersedia menghadapi pilihan raya untuk memberi rakyat Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan rakyat.