Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian hari ini menggesa Ahli Parlimen gabungan Perikatan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk melobi perwakilan sepertiga di Dewan Rakyat.
Baru mengatakan kawasan parlimennya sendiri hampir sama besar dengan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan dengan membahagikan kawasan tersebut akan membolehkan khidmat diberi lebih baik kepada rakyat.
Ketika ini Sabah, Sarawak dan Labuan memiliki 57 kerusi di Parlimen yang dianggotai oleh 222 ahli Parlimen, mewakili lebih kurang suku daripada perwakilan Dewan.