Penyokong Bossku mengamuk, tak terima keputusan Najib

KiniTV 2020-07-28

Views 199

Suasana mula bertukar kecoh dengan amukan dan tangisan segelintir penyokong Najib Razak setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa bekas perdana menteri itu didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan hari ini.

Penyokong yang berada di perkarangan Mahkamah sejak 6 pagi tadi mula menjerit di pintu pagar kehakiman itu selepas mendapat tahu keputusan tersebut.

Laungan seperti “Bossku tak bersalah”, “Mahkamah tak adil”, “Tun (Dr Mahathir Mohamad” kejam” turut kedengaran.

Untuk rekod, dianggarkan seramai 3 ribu penyokong yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu.

Dilihat juga tiada penjarakan sosial dan pihak berkuasa kerap memberi amaran supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Share This Video


Download

  
Report form