PKPP- Tiada lagi kuarantin di rumah tetapi kuarantin wajib di pusat kuarantin

KiniTV 2020-07-21

Views 16

Mulai Jumaat ini, rakyat Malaysia yang kembali ke negara dan warga asing yang dibenarkan memasuki negara ini akan diminta menjalani kuarantin wajib selama dua minggu di pusat-pusat kuarantin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, mereka yang terlibat juga harus menanggung sendiri kos kuarantin tersebut.

Selain itu, rakyat Malaysia dan warga asing yang berada di luar negara tidak perlu membuat saringan Covid-19 sebelum balik kerana akan dikuarantin apabila tiba di tanah air.

Share This Video


Download

  
Report form