Jenazah Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib selamat dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang, Slim River.
Ketibaan jenazah disambut oleh ahli keluarga, penduduk tempatan dan rakan-rakan dalam suasana sedih atas pemergian mengejut tersebut.
Mohd Khusairi, 59, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim meninggal dunia di Hospital Bentong petang semalam akibat serangan jantung.
Sumber visual: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/281063009638333/