Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof pagi ini sempat menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sebelum sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat bermula pagi ini.
Hari ini merupakan hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 dan akan akan dimulakan dengan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan disusuli usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja.