Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan bahawa kaum seseorang tidak banyak kaitannya dengan kekayaan yang dimiliki orang itu.
Kenyataan Lim itu hadir selepas Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor berkata dalam sebuah wawancara dengan Asia Times bahawa jurang kekayaan antara orang Cina di bandar dan orang Melayu di kampung terlalu jauh serta menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak sihat.