Bekas wartawan kanan dan veteran PAS, Subky Latif meninggal dunia

KiniTV 2020-06-23

Views 59

Bekas wartawan kanan dan veteran PAS, Subky Latif dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Allahyarham Subky yang merupakan pengasas akhbar lidah rasmi Pas iaitu Harakah memulakan karier kewartawanan dengan menjadi wartawan Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963.

Sebelum menyertai Pas, beliau juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Share This Video


Download

  
Report form