'Ambil gambar atau video jika berlaku pelanggaran peraturan PKPB'

KiniTV 2020-05-04

Views 420

Orang ramai boleh melaporkan terus ke balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan bagi melaporkan pelanggaran peraturan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka juga boleh membuat aduan ke pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti majlis daerah dan majlis perbandaran.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melapor menerusi talian hotline mana-mana kementerian berkaitan jika berlaku pelanggaran itu.

Share This Video


Download

  
Report form