Cebisan bulan untuk dijual pada harga AS$2.49 juta

KiniTV 2020-04-30

Views 3.8K

Salah satu meteorit bulan terbesar di dunia bernilai AS$2.49 juta dijual di Christie's, sebuah rumah lelong di London Khamis ini.

Batu dari bulan itu dengan berat lebih dari 13.5 kg, kemungkinan tercabut dari permukaan bulan akibat perlanggaran dengan asteroid atau komet dan kemudiannnya jatuh ke gurun Sahara.

Dikenali sebagai NWA 12691, ia dianggap sebagai cebisan bulan kelima terbesar yang pernah dijumpai di bumi.

Hanya ada 650 kg batu bulan yang diketahui ada di bumi.

Video oleh Reuters.

Share This Video


Download

  
Report form