Menteri Kanan Ismail Sabri hari ini menegaskan bahawa tiada pilih kasih di atas sabitan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan anggota exco Perak, Razman Zakaria kerana melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Ismail menjelaskan kedua-duanya tidak melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi sebaliknya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP iaitu tidak mengamalkan penjarakan sosial.