Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata pihaknya menggunakan dron dari semasa ke semasa bagi memerhati penghuni di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) jika ada yang ingkar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengagihkan bantuan makanan kepada penghuni PKPD di Taman Sri Murni, Selayang.