COVID-19 di Malaysia- 50 kes baru, 103 sembuh, 1 kematian

KiniTV 2020-04-22

Views 399

Malaysia merekodkan 50 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Dalam sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 1,987 kes.

"Sehingga kini, seramai 43 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.

Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 93 kematian setakat ini.

Share This Video


Download

  
Report form