Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata banyak syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang makanan kepada penduduk di Taman Sri Murni, Selayang.
Beliau menjawab dakwaan sebelum ini yang mengatakan penduduk di situ belum menerima sebarang bantuan makanan dan mengadu kelaparan selepas perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) diumum di situ, pada Isnin lalu.
Kata Ismail Sabri juga perkara itu sedang diambil tindakan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.