Nurul Hidayah, yang merupakan anak perempuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir penyanyi rap negara, Caprice yang turut berjumpa menteri semalam namun tiada netizen yang kecam.
Dalam hantaran di Instagramnya, Nurul Hidayah berkata Caprice beruntung kerana berjumpa menteri dan orang tidak kecam.
Tambahnya, Caprice tidak dikecam kerana dia bukan anak orang ahli politik dan tiada siapa mahu mempolitikkan perjumpaannya dengan menteri.
Hantaran Nurul Hidayah itu merujuk kepada sekeping gambar yang menunjukkan Caprice berjumpa dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Kementerian Kesihatan semalam.
Bercakap kepada Malaysiakini, Nurul Hidayah turut mempersoalkan apa keperluan Caprice berjumpa menteri sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).
Terdahulu, pengguna media sosial mendakwa Nurul Hidayah melanggar PKP selepas memuatnaik gambarnya bersama suami bertemu Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Muhammad yang diambil di Putrajaya, kelmarin.
Beliau mencabar pihak yang mengkritiknya untuk membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan tersebut.