Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan terdapat satu kluster Covid-19 di Wad Melur, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati kemungkinan punca jangkitan tersebut berasal dari satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Ipoh, Perak.
Selain itu menurutnya jangkitan tidak berlaku dari dalam wad tetapi akibat berkumpul di ruang makan (pantry).