Pesakit Covid-19 berusia paling muda yang meninggal dunia lambat mendapatkan rawatan ke hospital, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.
Jelasnya, pesakit berusia 23 tahun yang meninggal dunia itu juga mempunyai penyakit tiroid.
Dia merupakan seorang perempuan dan dijangkiti Covid-19 semasa persidangan gereja di Kuching, Sarawak.