Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, lengkung penyebaran Covid-19 masih belum diratakan berikutan lebih banyak kes postif ditemui.
Menurut bekas perdana menteri itu, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa sedang giat mencari lebih ramai peserta perhimpunan tabligh Sri Petaling.
Katanya lagi, situasi ini akan berlanjutan untuk beberapa lama lagi kerana pihak KKM sedang menjalankan saringan dengan lebih teliti lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi borak santai secara langsung di Facebook pagi ini.