Semua kakitangan Hospital Teluk Intan akan jalani pemeriksaan Covid-19

KiniTV 2020-03-26

Views 280

Semua kakitangan perubatan dan sokongan di Hospital teluk Intan telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, ia selepas 39 kakitangan perubatan di hospital itu dijangkiti wabak tersebut, yang merupakan jumlah terbesar di kalangan kakitangan hospital di Malaysia.

Semalam, Noor Hisham mendedahkan majoriti kakitangan yang positif Covid-19 dijangkiti selepas menghadiri majlis perkahwinan di Bangi pada 6 Mac, dan di Putrajaya pada 7 Mac.

Kedua-dua majlis itu turut dihadiri pesakit daripada kluster Tabligh.

Setakat 12 tengah hari ini, sejumlah 80 pegawai perubatan telah dijangkiti Covid-19. Tiada yang menerima jangkitan kerana merawat pesakit Covid-19.

Share This Video


Download

  
Report form