PM terima sumbangan RM5j daripada lima syarikat

KiniTV 2020-03-24

Views 17

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan RM5 juta daripada lima syarikat untuk tabung COVID-19.

Lima syarikat tersebut melibatkan SPANCO, diwakili oleh Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menyumbangkan RM2 juta, diikuti DRB HICOM, MMC Berhad dan YTL Corporation Berhad yang masing-masing menghulurkan sumbangan RM1 juta.

DRB HICOM diwakili oleh Datuk Sri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar, MMC Berhad Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Tan Sri Datuk Francis
Yeoh Sock Ping mewakili YTL Corporation Berhad.

Turut menyerahkan sumbangan ialah TITIJAYA Land Berhad melalui Tan Sri S.P Lim yang menyumbangkan 520,000 topeng muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8.125 juta.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Share This Video


Download

  
Report form