Mantan Menteri Pengangkutan minta kerajaan bantu syarikat penerbangan

KiniTV 2020-03-17

Views 2.1K

Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini meminta kerajaan membantu syarikat penerbangan bagi memastikan mereka tidak mengalami muflis.

Berikutan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan perdana menteri Muhyiddin Yassin semalam, sekatan menyeluruh akan dikenakan terhadap semua perjalanan baik yang melibatkan rakyat Malaysia ke luar negara, mahupun pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

"Kalau (penerbangan) diberhentikan, apakah tindakan daripada kerajaan untuk menyokong dan memberikan bantuan kepada syarikat-syarikat penerbangan kita?" katanya dalam satu sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form