Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan melakukan pembelian panik ekoran penularan wabak COVID-19.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), petang tadi, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan memastikan semua barang makanan mencukupi sepanjang masa di pasaran.
Beliau berkata demikian mengenai dakwaan berlaku trend pembelian pengguna yang menampakkan tanda-tanda pembelian panik.