4 rentung, 1 hilang dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

KiniTV 2020-03-16

Views 880

Empat mangsa rentung manakala seorang lagi parah dalam dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, malam tadi.

Dalam kejadian 10.50 malam itu, seorang mangsa masih sedang dikesan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pauzan Ahmad, berkata mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, untuk rawatan susulan.

"Terdapat tujuh mangsa iaitu empat rentung yang dikeluarkan anggota JBPM, seorang melecur 70 peratus dikeluarkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team), seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi masih hilang, " katanya.

Share This Video


Download

  
Report form