Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan supaya ada kerjasama erat di antara kerajaan negeri dengan Persekutuan selain tidak mahu perbezaan tampuk pemerintahan dan ideologi politik menyebabkan rakyat negeri ini terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi dan sosial.
“Sebagai Sultan, beta bertanggungjawab untuk menasihati Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar tidak melakukan sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan rakyat beta.
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan penghargaan kepada pihak tentera, polis, bomba serta anggota keselamatan yang bertugas dengan dedikasi bagi memastikan keselamatan rakyat dan negeri terus dalam keadaan aman dan sejahtera.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14, di sini, hari ini.