Lim Guan Eng sanggup melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan sewaktu rundingan akhir Pakatan Harapan meminta Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
Menurut satu laporan media, Khalid berkata, Setiausaha Agung DAP itu juga bersedia sekiranya ahli DAP yang dilantik sebagai menteri dalam kabinet baru dikurangkan.
Kata Khalid lagi, Guan Eng sanggup berbuat begitu kerana sering dilihat sebagai punca mengapa orang Melayu tidak menyokong Pakatan Harapan.
Khalid berkata demikian dalam satu acara di Shah Alam malam tadi.
Dia merujuk kepada rundingan yang berlaku antara PH dan Mahathir bagi menghalang Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Perdana Menteri ke 8.