Misi kedua 66 rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA

KiniTV 2020-02-26

Views 362

Seramai 66 rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.50 pagi tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kesemua mereka tiba di KLIA dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan dengan menaiki penerbangan AirAsia AK 8265.

“Hanya 66 dibawa pulang dari Wuhan manakala enam orang yang hadir di lapangan terbang tidak dapat menaiki pesawat berkenaan disebabkan isu kesihatan, seorang tarik diri dengan tidak hadirkan diri ke lapangan terbang, seorang tidak dapat turut serta disebabkan komitmen kerja manakala seorang lagi tidak dapat meninggalkan Wuhan kerana masalah logistik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, setibanya di KLIA, mereka perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Nilai bagi proses kuarantin selama 14 hari.

Share This Video


Download

  
Report form