Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyatakan perlu ada bukti-bukti yang kukuh bagi mengaitkan kes kondo runtuh di Taman Desa semalam dengan sebarang salah guna kuasa di antara pemaju dan DBKL.
Dalam satu sidang media pagi ini, Teresa menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu bagi melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, wakil penduduk Taman Desa mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan dalam proses kelulusan projek tersebut.