Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan rasa setiakawan Malaysia kepada Presiden China Xi Jinping susulan Beijing yang sedang berhadapan krisis Covid-19.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, kedua pemimpin itu bercakap selama setengah jam menerusi panggilan telefon semalam.
Dr Mahathir menyampaikan solidariti Malaysia dan sokongan kukuh terhadap China dan menyatakan keyakinan terhadap setiap usaha yang dilakukan oleh Presiden Xi dan
Menurut Kementerian Luar lagi, Xi Jinping berkata China akan tetap menjaga rakyat Malaysia di negaranya sebagai mana mereka menjaga rakyatnya sendiri di tengah-tengah wabak penyakit itu.
Presiden Xi juga menghargai persahabatan dan bantuan Malaysia, dan memberi jaminan bahawa China mempunyai kekuatan untuk melawan wabak Covid-19.