Hisham bimbang, PH gagal rancak pertumbuhan ekonomi negara!

KiniTV 2020-02-14

Views 654

Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein mendakwa Majlis Tindakan Ekonomi yang ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) pada 11 Februari tahun lalu gagal mencapai matlamatnya untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) kelmarin mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2019 paling lemah dalam tempoh 10 tahun.

Walaupun BNM kata salah satu faktornya pengeluaran minyak sawit negara berkurang tetapi mengapa mereka (PH) beri jaminan kononnya prestasi Felda akan baik menerusi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam Kertas Putih Felda yang dibentang 10 April tahun lepas.

Menurut Hishammuddin, situasi ini sangat membimbangkan dan ramai peneroka Felda mengadu pendapatan mereka terjejas.

Share This Video


Download

  
Report form