Timbalan Pengerusi MPN Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin hari ini mempersoalkan cadangan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mahu memperkenalkan semula dasar PPSMI.
Menurutnya, perlu jelas sekiranya kemajuan yang dimahukan itu dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris atau Matematik dan Sains.
"Kita kena pisahkan, kita nak bagus Bahasa Inggeris ke kita nak bagus Sains? Nak bukti, UKM dah wujud dari tahun 1970. Bidang Sains diajar dalam Bahasa Melayu. Beratus doktor, jurutera telah dihasilkan."
Menurutnya lagi, perlu perbincangan lanjut mengenai dasar tersebut dan sekiranya terdapat bukti negara-negara yang maju dalam bidang Sains mengajar mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris.