"PM kata itu perjumpaan biasa" - Anwar

KiniTV 2020-01-23

Views 4.8K

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini menyatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhak mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja.

Apabila diminta memberi komen sekiranya perjumpaan itu bakal mengubah landskap politik negara, beliau menyifatkannya hanya sebagai tafsiran dari pihak yang takut dengan 'bayang-bayang' PAS.

Ditanya adakah itu perjumpaan biasa? Anwar berkata "Setakat yang PM beritahu, begitu."

Beliau berkata demikian ketika menghadiri satu majlis di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Terdahulu, beredar sekeping gambar menunjukkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu turut dihadiri isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta seorang tokoh yang dekat dengan perdana menteri, Khairuddin Abu Hassan.

Share This Video


Download

  
Report form