Jenazah bapa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, 93 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, 11.15 pagi tadi selepas meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Ampang Utama, pada jam 2.30 pagi tadi, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.