Kerajaan sasar ketibaan pelancong China, India meningkat

KiniTV 2020-01-03

Views 569

Kerajaan menyasarkan peningkatan ketibaan pelancong dari China dan India ke negara ini masing-masing sebanyak empat juta dan sejuta orang tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Menurutnya, sasaran itu dijangka dapat dicapai menerusi langkah pengecualian visa 15 hari kepada pelancong dari kedua-dua negara berkenaan yang dilaksanakan selama setahun bermula awal tahun ini.

"Saya yakin pelaksanaan ini dapat menyasarkan lebih ramai pelancong masuk dan dapat jana lebih banyak revenue (pendapatan) sekali gus mencapai sasaran ketibaan pelancong seramai 30 juta tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelekat kenderaan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Visit Malaysia 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form