Papan tanda ucapan tahun baru Hishammuddin diroboh

KiniTV 2020-01-03

Views 5.1K

Papan tanda memaparkan ucapan tahun baru oleh ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein di sekitar kawasan DUN Paloh, dirobohkan oleh pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), semalam.

Satu video yang dimuatnaik di Facebook Sembrong P153, menunjukkan pihak berkuasa bertindak merobohkan papan tanda tersebut.

Laman Facebook itu mendakwa tindakan MPK merobohkan papan tanda itu ialah kesan daripada tekanan politik kerajaan Pakatan Harapan.

Share This Video


Download

  
Report form