'Sokong atau lawan Dr M' - Lokman gesa Umno buat pemilihan semula

KiniTV 2019-12-31

Views 3.6K

Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam menggesa pemilihan semula parti itu didakan.

Jelas Lokman, ia adalah bagi membolehkan ahli parti memilih pasukan yang mahu bekerjasama denga Dr Mahathir Mohamad atau menentang pengerusi PH itu.

Lokman berkata, ia penting kerana menurutnya terdapat usaha pihak tertentu untuk berunding untuk menggabungkan Umno dan Bersatu.Malah lebih malang lagi katanya, siasatan lembaga disiplin parti terhadap ketua gerakan itu telah dihentikan oleh kepimpinan utama Umno.

Jika benar sebahagian dari kepimpinan Umno dan bekas pemimpin Umno lebih selesa mengambil pendekatan if we can't defeat them, we join them , biarlah ahli memutuskan jika mereka bersetuju dengan cara Hishammuddin (Hussein) ini atau mereka lebih selesa dengan slogan 'No Retreat, No Surrender'.

Dalam kenyataannya semalam, daripada mengadakan EGM (mesyuarat agung luar biasa) untuk memutuskan keputusan mana yang mahu diambil oleh ahli parti, saya menyarankan agar pemilihan Umno dilakukan segera sebelum percantuman yang dijangka berlaku sebelum Mei 2020.

Sebelum ini Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong dikatakan menjadi dalang untuk membawa masuk wakil rakyat Umno menyertai Bersatu.

Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan 21 anggota Parlimen BN termasuk Hishammuddin dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Share This Video


Download

  
Report form