Sudah okay rasanya elaun dan gaji menteri

KiniTV 2019-12-31

Views 429

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berpandangan bahawa kadar elaun dan gaji bulanan yang diterima oleh para menteri dan timbalannya adalah memadai.

Selain itu, dedah pemimpin Amanah itu, gaji yang diberikan selaku menteri juga selalunya 30 peratus dimasukkan dalam akaun parti.

“(Elaun dan gaji menteri) rasa dah okay, kita punya gaji juga kalau dapat masuk dalam akaun parti.

“Macam Amanah, 30 peratus gaji masuk dalam akaun parti. Adillah kerana parti juga bantu kita (menteri dan ahli parlimen),” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media pencapaiannya di ibu pejabat kementerian di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan untuk memotong elaun ahli-ahli politik dan menteri.

Ini susulan kontroversi kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) di kalangan doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang baru menyertai perkhidmatan awam mulai tahun hadapan.

Share This Video


Download

  
Report form