'Jangan tutup cerita di Xinjiang! Kami masih waras apa yang berlaku'

KiniTV 2019-12-27

Views 1.7K

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata berhimpun atas nama keamanan, agar kerajaan China menghentikan penindasan yang dikenakan terhadap orang Uyghur.

Katanya, setelah berpuluh tahun komuniti antarabangsa membangkitkan isu tersebut, masih tiada komitmen ditunjukkan oleh kerajaan China untuk menghentikan penganiayaan hak asasi manusia terutamanya kepada orang Uyghur.

NGO itu kemudiannya hanya meletakkan memorandum itu dalam peti surat bangunan kedutaan, sebelum kembali menyertai perhimpunan.

Penyerahan memorandum itu tidak menjadi kenyataan apabila tiada wakil dari kedutaan yang turun untuk menerimanya.

Share This Video


Download

  
Report form